Monday 2 January 2023

KEMBARA 6 NEGARA - SINGAPURA (TRANSIT)

Bahagian 1 - Dari Penang Airport ke Changi Airport, Singapore

ALHAMDULILLAH, SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT...itu sahaja ungkapan bagi rezeki melimpah ruah yang Allah kurniakan kali ni...

Aku dan 5 lagi sahabat (Dr Miqdad, En Zakir, Fizah, Mira dan Kak Chaq) terpilih bagi kumpulan pertama ahli Malaysian Brachytherapy Society (MBS) menghadiri latihan...atau lawatan atau educational excursion sebenarnya ke Amsterdam University Medical Centre (AUMC) dan di Ludwig Maximilian University (LMU), Munich. Dengar nama pun dah gah! Memang hebat, sekurang-kurangnya kami dapat aura kehebatan mereka sedikit! 

Tambang flight dan hotel ditaja oleh MBS dan semestinya encik suami ku yang menaja semua perbelanjaan aku dari persiapan, tukar duit, duit makan, duit poket dan segala duit. Alhamdulillah❤❤❤ terima kasih buat kekasih hatiku, kerana tanpamu perjalanan ini sememangnya tidak dapat direalisasikan!👄💕

Kembara kami akan menelusuri alam ciptaan Allah SWT ke 6 buah negara, Amsterdam, Jerman dan Austria! Termasuk transit dan layover country, Singapore, Istanbul dan Qatar....Alhamdulillah👍....rezeki Allah selalu datang padaku tepat pada masanya! 

❤ Doa dan keinginan jauh di sudut hati rupanya Allah ambil peduli. The power of DOA❤

#Coretan aku di sini sekadar mengukir dan memahat memori agar tidak ditelan peredaran usia yang semakin menginjak👀

#Maafkan kerojakan tatabahasa dan vocabulary nya kerana taknak menghilangkan jalan cerita dalam kesibukan memperbaiki ayat!😆

15/10/2022 Sabtu

Jam menunjukkan hampir 10 pagi...dah plan nak keluar rumah ke Penang airport time ni...debaran semakin terasa...dah lama tak naik flight...itu jer yang dirisaukan sebenarnya...segala essential oils (eo) aku dh prepare (valor, raven, peppermint!) semua minyak kehidupan aku. Flight kami petang tu, tak ingat pukul 3 kot tak silap ke Singapore...target nak sampai sebelum jam 12, tapi tersasar jua sebab en suamiku terlepas lorong ke airport dek kerana sibuk bercakap dan bercerita dengan aku sepanjang perjalanan 😂 mula lah panick attack nak mai tapi aku mencuba sedaya upaya cool down sebab percaya dia arif jalan di situ....akhirnya, berjaya sampai dengan selamat...semua kawan seangkatan dah sampai dan dah start check in....aku terus ke self check in kiosk....zappp! siap!



Self check in di Penang airport. Kami naik Air Asia ke Singapore.

Sebelum boarding, kami lepak kejap di Starbucks tapi aku masih mengekalkan keimanan untuk tidak menjamah ais atau apa apa junkfood yang akan menyebabkan aku rasa tak sihat...psycho je sebenarnya! Memikirkan akan berada jauhhhhhh di negara orang jadi adalah keutamaan untuk aku menjaga kesihatan aku pada tahap optimum....yeah....DOA tu memang tak putus dalam hati, Alhamdulillah Allah makbulkan dan DIA bagi keajaiban lagi.....💗


Beratur nak boarding....


Flight kami...


Wajah keriangan tu terpancar kan....😄


Selamat sampai di Changi Airport...Alhamdulillah💗

Setibanya di sini ada sedikit kejutan buat kami! hehe....masa ambil beg, luggage En Zakir pecah dan hampir hancur, antara debaran dan tangisan jugak rasanya...nasib baik Allah mudahkan segala urusan untuk beli luggage baru, isi borang claim insurance dan sebagainya. Gusarnya hati En Zakir masa tengok luggage tu terpancar di wajahnya...mujur ketua delegasi, Dr Miqdad dan Mira berjaya menenangkan beliau.......hehehe...kami ronda di kedai di situ dan beli luggage yang bersesuaian...mujur tempoh transit agak panjang...sebab next flight ke Istanbul rasanya jam 11 ke 12 malam....


Transition barang dia dari beg lama (pink) ke beg baru (hitam)....nampak beg lama macam elok je kan hakikatnya semua tayarnya tercabut haha (sorry En Zakir, nak tergelak sat!)


Ketua delegasi kami...😎dia ja sempat bergambar di situ sebab yang lain sibuk kejar bas! 
Sebenarnya aku dah penah bergambar di sini masa konferens pada Disember 2018 haritu...jadi tak kalut nak bergambar sangat kan...hehe


bersambung........💝




























Monday 25 February 2013

TEBARAN RINDU

~ I LOVE YOU~
Sepi menghuni hati...
Rindu menyapa diri...
Mengenang kekasih hati...
Wahai hati...
Tegarkan kekentalanmu...
Teguhkan ketabahanmu...
Andai sebuah perpisahan itu kerana Yang Esa...
Bakal membuahkan kasih dan cinta yang berpanjangan...
Hingga ke Syurga abadi...
Redhalah pada NYA...
Telah dilakar sebuah cerita terbaik untukmu...
Moga diri semakin berani...
Mendepani setiap cerita kehidupan...
Berbekalkan kasih di hati...
Doaku sebagai bekalmu...
Moga rindu, sayang, cinta dan kasih ini bersama berkat dan rahmat NYA...



Tuesday 6 November 2012

Hidup Ini Bernafaskan Cinta Kasih


Dipetik sebahagian teks dari drmaza.com (Hidup Ini Bernafaskan Cinta Kasih). Ku petik sebahagian huraian beliau berkenaan cinta kasih sayang SUAMI ISTERI.
Suami Isteri
Hubungan suami isteri dibina atas cinta dan rahmat. Ia tidak dibina atas selera seks semata tanpa rasa kasih dan rahmat. Tidak juga atas kehendak wanita yang mahukan nafkah dan tempat tinggal semata. Jika hanya atas selera seks, atau atas keperluan untuk makan dan pakai ataupun kepentingan yang lain tanpa ikatan cinta dan rahmat, kehidupan suami isteri tidak akan bahagia. Itu sebenarnya hubungan untuk mengambil kesempatan atas kepentingan tersendiri antara pasangan. Akhirnya ia akan melahirkan rasa tidak puas hati dan kebencian. Rasa cinta dan kasih simpati dalam hubungan pasangan adalah fitrah alam ciptaan Tuhan. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan rahmat (belas kasihan). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir”. (Surah ar-Rum, 21)
Sesiapa yang kononnya mencintai ataupun dicintai pasangannya hanya kerana kedudukan ataupun hartanya maka sesungguhnya dia sedang hidup di luar dari ‘natural design’ yang Tuhan tetapkan untuk kehidupan pasangan suami-isteri. Sesiapa yang disayangi kerana harta ataupun kedudukannya semata, hakikatnya dia tidak disayangi ataupun dicintai tetapi sedang dikhianati. Apabila kedudukan dan hartanya hilang, maka dia akan melihat kepalsuan kehidupan.
Maka isteri yang hanya mementing harta dan pangkat dalam hubungan, bukanlah isteri dalam ertikata sebenar. Dia tidak patut menduduki tempat ‘seorang isteri’ dalam kehidupan seorang lelaki. Isteri yang seperti itulah yang telah merosakkan reputasi ramai pemimpin dunia ini. Wanita yang seperti itu patut ‘dipecat’ dari kerusi isteri.
Begitulah juga jika sesiapa yang memiliki suami yang hanya mahukan seks semata, tanpa memberikan belaian kasih sayang. Tubuh diratah rakus, disetubuhi sepuasnya tapi dalam masa yang lain dimaki hamun, ataupun dipukul dan dihina semahunya. Lelaki yang seperti itu tidak layak menduduki tempat sebagai suami dalam kehidupan. Jika seorang wanita memiliki suami seperti itu, dia sepatutnya menggunakan peruntukan syarak seperti khulu’ dan fasakh agar lelaki seperti itu tidak hadir dalam hidupnya dan tidak lagi menjamah tubuhnya. Andainya ada pegawai yang menasihati ‘jangan minta cerai, sabar!’ itu menunjukkan dia pegawai agama yang malas membuka fail, ataupun jahil tentang tabiat penciptaan kehidupan yang Allah jadikan. Sabda Nabi s.a.w mengherdik lelaki seperti ini dengan menyatakan:
“Sengaja seseorang kamu memukul isterinya bagaikan hamba sahaya kemudian menyetubuhinya di waktu lain” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Thursday 6 September 2012

SANGKA BAIK


Namun, perlu diingat bahawa sangka baik perlu diimbangi oleh sikap berhati-hati. Sepertimana perlunya bersangka baik, begitulah juga kita perlu berhati-hati. Jangan lurus bendul. Kita mesti bijak agar sifat sangka baik itu tidak dieksploitasi dan dimanupulasi oleh musuh atau orang yang berkepentingan. Apa itu sikap berhati-hati? Itulah usaha kita mencari fakta, dalil, ilmu dan bukti yang berkaitan dengan seseorang, sesuatu perkara atau peristiwa.
Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung maka terbinalah sikap matang dalam bersangka baik. Kita bersangka baik, tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati. Sikap berhati-hati dan belajar daripada pengalaman ini sangat penting agar sikap bersangka baik kita tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang yang berniat jahat.
Jika kita berdepan dengan seseorang yang sudah punya rekod buruk, reputasi negatif serta kita pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit akibat angkaranya, jangan bersangka buruk… tetapi berhati-hati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berilah peluang untuk dia dipercayai, dan pada kita sendiri untuk mempercayainya… namun jangan jatuh dalam ‘lubang’ yang  sama dua kali atau berkali-kali. Ingatlah pesan Nabi: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali!”
~genta-rasa.com~
Nah! sekali lagi rasa aku teruji...sangka baik yang meleset dan akhirnya diri sendiri menanggung sakit...ujian dan dugaan yang aku YAKIN BESAR HIKMAHNYA, InsyaAllah....

Friday 6 April 2012

6 Mengumpat Yang Dibenarkan

6 MENGUMPAT YANG DI BENARKAN :

1.Menyatakan kezaliman seseorang
cth:(kezaliman pemimpin yang menzalimi rakyat)

2. Meminta bantuan untuk menghentikan kemungkaran.
cth:(si fulan melakukan kemungkaran sila tolong saya menghentikan kemungkarannya(

3.Mengadu masalah (kejahatan) suami pada pejabat agama

4.Memberi peringatan/amaran.
cth:(Seperti dia menyebutkan keburukan seseorang yang ingin dijadikan rakan kongsi dalam sesuatu perniagaan dan lain-lainnya, supaya ia tidak tertipu dan mendapat mudharat daripadanya)

5.Untuk memperkenalkan seseorang.
cth (Seperti katanya: Ahmad yang tempang/kalau tak sebut "ahmad tempang,orang tak kenal". )

*dengan syarat untuk membolehkan orang mengenalinya, jika dengan niat untuk merendah-rendahkannya hukumnya adalah HARAM

6.Orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan.
cth: (dia minum arak di hadapan khalayak ramai/artis2 perempuan yang berlakun berjoget depan orang ramai. Maka harus diceritakan maksiat yang berkenaan sahaja. Dan HARAM menyebut maksiat lain yang dilakukan secara sembunyi.

Cinta Sebelum Kahwin...

Wlpn kita cuba backup atau mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun, wlpn mungkin kita bataskan banyak benda agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat; Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.

Petikan hadis riwayat Bukhari & Muslim: "..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."

Saya menasihati diri saya dan sahabat2: "Walau bagaimana cara kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan kata2 indah, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin."

Terbaiknya, jaga hati baik-baik sblm kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti.

Iman

Tanpa Iman, manusia tidak akan ada pendirian. 
Tanpa pendirian manusia akan menjadi hamba pada keadaan. 

Iman itu merubah keadaan, bukan sebaliknya. 
Sesungguhnya, apa yang berlaku di dalam dri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita! 

Oleh itu, sekiranya hati kita mudah berubah-ubah mengikut kedaaan yang sedang kita hadapi... bererti iman masih goyah, yang di luar masih kuat mempengaruhi yang di dalam.


~genta-rasa.com~

KEMBARA 6 NEGARA - SINGAPURA (TRANSIT)

Bahagian 1 - Dari Penang Airport ke Changi Airport, Singapore ❤ ALHAMDULILLAH, SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT ...itu sahaja ungkapan bagi rezeki...