Monday 21 November 2011

PERINGKAT KAWAN



Peringkat satu – Teman yang sekadar tahu nama dan rupa kita. Itu saja. Saling bercakap lapik. Saling suka sebab saling nampak molek dalam bercakap lapik tadi. Semata berbual perkara positif atau isu ringan yang membuah senyum dan gelak.

Peringkat dua – Sepanjang meluang masa bersama dan berkongsi pelbagai cerita, kelakuan dan pemikiran masing-masing akan terserlah. Ketidaksamaan tersingkap.

Peringkat tiga – Teman buat keputusan (secara sedar atau tidak) sama ada mahu rapat atau jadi teman biasa. Teman biasa ialah teman yang hanya sesekali berjumpa, jadi kurang peluang bertemu cela. Kekal indah. Kurang rumit. Teman biasa habis di peringkat ini. Peringkat selamat. Teman rapat lanjut ke peringkat seterusnya.

Peringkat empat – Teman rapat dalam proses membiasakan diri dengan kelakuan dan pemikiran kita. Kalaupun dia tidak setuju, dia tidak meninggalkan. Sama ada dia tempelak, atau dia tegur, atau dia diam. Diam ada dua jenis: Diam dan lama-lama borak belakang, atau diam dan lama-lama matang (untuk berfikir ah semua orang ada buruk atau ah semua orang lain-lain.) Kurang expectation. Lahir appreciation.

Peringkat lima – Setelah melalui beberapa fasa susah-senang, timbul rasa ambil berat dan belas kasihan. Dalam fasa yang paling payah, sudut diri kita yang paling hodoh akan terdedah. Waktu ini, teman yang rapat akan cuba cari persamaan dan tumpu pada kebaikan kita. Jika sayangnya banyak, dia akan jumpa. Jika sayangnya sedikit, dia takkan jumpa. Dia paling celik pada keburukan kita, pada perbezaan di antara, dan (secara sedar atau tidak) mula menimbal sama ada mahu menjauh atau tidak. Di peringkat ini, kalau kita ditinggalkan teman rapat, hampanya setanding putus cinta. Dan kita belajar betapa luasnya konsep rejection.

Peringkat enam – Tinggallah teman yang sebenar. Teman yang sebati dengan kita. Terima kita tanpa banyak soal. Matanya sudah menjangkau cacat kita. Melihat kita sebagai kita. Titik.

Kita teman di peringkat mana?

Tuesday 8 November 2011

Ketenangan

Berbeza sudut pandang...mengubah persepsi pemikiran...belajar menjadi positif...cuba cuba dan cuba...

Hari ini aku telah berjanji pada diri dan pada semua kawan di ofis untuk tidak lagi menyebut, mengata, mengomel dan seangkatan dengannya berkenaan orang yang aku tak suka berurusan di pejabat...harap dapat bertahan dan kotakan janji...belajar memandang yang positif dan menepis segala yang negatif ke atas diri aku...semoga aku lebih tenang, mudah-mudahan...semoga Allah SWT memberikan bantuan dan pertolongan NYA...

Friday 4 November 2011

Advice for Love Relationship

By Dr Phil McGraw :


Before You Fall in Love, Overcome Fear of Intimacy

  1. See the strengths in other people. Tell them why they're special, make them proud to be themselves.
  2. Trust others, make them feel better about themselves.
  3. Respect others without judging them. Dr Phil's love advice is about nonjudgemental attitudes and overcoming fear of intimacy
  4. Be authentic. Don't lie about who you are. This is a big way to love smart and love yourself first.
  5. Live by your rules but don't expect others to follow them. Stick to your convictions.
  6. Be at peace with who you are. Don't feel you have to prove anything. This another huge way to love smart and love yourself first.
  7. Listen. Be sincerely interested in others, make them feel important. Dr Phil's love advice is real.
I am trying my best, insyaAllah...


To Be Emotionally Healthy, Repeat This Phrase


“I’m tired of being a fly on the wall. I’m tired of being invisible. I’m tired of being left behind. That’s not going to happen again. I’m going to do something else. Good, bad, or indifferent, I am who I am. I’m going to take the best of what I’ve got and make people take notice. If it is my smile and my sense of humor, then, all right, I’m going to quit whining about what I don’t have and start flashing that smile and laughing with the happiest people in the room. People are going to remember me tomorrow! I’ll take chances, and I’ll create what I want in my life.”


Dr Phil's love advice takes practice, but it can help you get emotionally healthy, meet new people, and enjoy dating. Instead of making someone fall in love with you, focus on accepting and loving your true self. Then you'll be ready for a romantic relationship!

...Ya Allah Ya Rahman, may Your Guidance always be with me...


KEMBARA 6 NEGARA - SINGAPURA (TRANSIT)

Bahagian 1 - Dari Penang Airport ke Changi Airport, Singapore ❤ ALHAMDULILLAH, SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT ...itu sahaja ungkapan bagi rezeki...