Tuesday 6 November 2012

Hidup Ini Bernafaskan Cinta Kasih


Dipetik sebahagian teks dari drmaza.com (Hidup Ini Bernafaskan Cinta Kasih). Ku petik sebahagian huraian beliau berkenaan cinta kasih sayang SUAMI ISTERI.
Suami Isteri
Hubungan suami isteri dibina atas cinta dan rahmat. Ia tidak dibina atas selera seks semata tanpa rasa kasih dan rahmat. Tidak juga atas kehendak wanita yang mahukan nafkah dan tempat tinggal semata. Jika hanya atas selera seks, atau atas keperluan untuk makan dan pakai ataupun kepentingan yang lain tanpa ikatan cinta dan rahmat, kehidupan suami isteri tidak akan bahagia. Itu sebenarnya hubungan untuk mengambil kesempatan atas kepentingan tersendiri antara pasangan. Akhirnya ia akan melahirkan rasa tidak puas hati dan kebencian. Rasa cinta dan kasih simpati dalam hubungan pasangan adalah fitrah alam ciptaan Tuhan. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan di antara tanda-tanda kebesaranNYA, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan rahmat (belas kasihan). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir”. (Surah ar-Rum, 21)
Sesiapa yang kononnya mencintai ataupun dicintai pasangannya hanya kerana kedudukan ataupun hartanya maka sesungguhnya dia sedang hidup di luar dari ‘natural design’ yang Tuhan tetapkan untuk kehidupan pasangan suami-isteri. Sesiapa yang disayangi kerana harta ataupun kedudukannya semata, hakikatnya dia tidak disayangi ataupun dicintai tetapi sedang dikhianati. Apabila kedudukan dan hartanya hilang, maka dia akan melihat kepalsuan kehidupan.
Maka isteri yang hanya mementing harta dan pangkat dalam hubungan, bukanlah isteri dalam ertikata sebenar. Dia tidak patut menduduki tempat ‘seorang isteri’ dalam kehidupan seorang lelaki. Isteri yang seperti itulah yang telah merosakkan reputasi ramai pemimpin dunia ini. Wanita yang seperti itu patut ‘dipecat’ dari kerusi isteri.
Begitulah juga jika sesiapa yang memiliki suami yang hanya mahukan seks semata, tanpa memberikan belaian kasih sayang. Tubuh diratah rakus, disetubuhi sepuasnya tapi dalam masa yang lain dimaki hamun, ataupun dipukul dan dihina semahunya. Lelaki yang seperti itu tidak layak menduduki tempat sebagai suami dalam kehidupan. Jika seorang wanita memiliki suami seperti itu, dia sepatutnya menggunakan peruntukan syarak seperti khulu’ dan fasakh agar lelaki seperti itu tidak hadir dalam hidupnya dan tidak lagi menjamah tubuhnya. Andainya ada pegawai yang menasihati ‘jangan minta cerai, sabar!’ itu menunjukkan dia pegawai agama yang malas membuka fail, ataupun jahil tentang tabiat penciptaan kehidupan yang Allah jadikan. Sabda Nabi s.a.w mengherdik lelaki seperti ini dengan menyatakan:
“Sengaja seseorang kamu memukul isterinya bagaikan hamba sahaya kemudian menyetubuhinya di waktu lain” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Thursday 6 September 2012

SANGKA BAIK


Namun, perlu diingat bahawa sangka baik perlu diimbangi oleh sikap berhati-hati. Sepertimana perlunya bersangka baik, begitulah juga kita perlu berhati-hati. Jangan lurus bendul. Kita mesti bijak agar sifat sangka baik itu tidak dieksploitasi dan dimanupulasi oleh musuh atau orang yang berkepentingan. Apa itu sikap berhati-hati? Itulah usaha kita mencari fakta, dalil, ilmu dan bukti yang berkaitan dengan seseorang, sesuatu perkara atau peristiwa.
Sikap berhati-hati juga dibina oleh pengalaman. Apabila ilmu, fakta, dalil dan pengalaman bergabung maka terbinalah sikap matang dalam bersangka baik. Kita bersangka baik, tetapi tidak mudah untuk ditipu dan dikhianati. Sikap berhati-hati dan belajar daripada pengalaman ini sangat penting agar sikap bersangka baik kita tidak diputar-belitkan, dikhianati dan diperalatkan oleh orang yang berniat jahat.
Jika kita berdepan dengan seseorang yang sudah punya rekod buruk, reputasi negatif serta kita pernah mengalami pengalaman-pengalaman yang pahit akibat angkaranya, jangan bersangka buruk… tetapi berhati-hati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berilah peluang untuk dia dipercayai, dan pada kita sendiri untuk mempercayainya… namun jangan jatuh dalam ‘lubang’ yang  sama dua kali atau berkali-kali. Ingatlah pesan Nabi: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali!”
~genta-rasa.com~
Nah! sekali lagi rasa aku teruji...sangka baik yang meleset dan akhirnya diri sendiri menanggung sakit...ujian dan dugaan yang aku YAKIN BESAR HIKMAHNYA, InsyaAllah....

Friday 6 April 2012

6 Mengumpat Yang Dibenarkan

6 MENGUMPAT YANG DI BENARKAN :

1.Menyatakan kezaliman seseorang
cth:(kezaliman pemimpin yang menzalimi rakyat)

2. Meminta bantuan untuk menghentikan kemungkaran.
cth:(si fulan melakukan kemungkaran sila tolong saya menghentikan kemungkarannya(

3.Mengadu masalah (kejahatan) suami pada pejabat agama

4.Memberi peringatan/amaran.
cth:(Seperti dia menyebutkan keburukan seseorang yang ingin dijadikan rakan kongsi dalam sesuatu perniagaan dan lain-lainnya, supaya ia tidak tertipu dan mendapat mudharat daripadanya)

5.Untuk memperkenalkan seseorang.
cth (Seperti katanya: Ahmad yang tempang/kalau tak sebut "ahmad tempang,orang tak kenal". )

*dengan syarat untuk membolehkan orang mengenalinya, jika dengan niat untuk merendah-rendahkannya hukumnya adalah HARAM

6.Orang yang melakukan maksiat secara terang-terangan.
cth: (dia minum arak di hadapan khalayak ramai/artis2 perempuan yang berlakun berjoget depan orang ramai. Maka harus diceritakan maksiat yang berkenaan sahaja. Dan HARAM menyebut maksiat lain yang dilakukan secara sembunyi.

Cinta Sebelum Kahwin...

Wlpn kita cuba backup atau mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan apa jua istilah dan tips sekalipun, wlpn mungkin kita bataskan banyak benda agar sampai tidak wujud zina hati, tapi kita kena ingat; Bila kita jatuh cinta dalam keadaan iman yang ampuh, kita senang terdedah pada penyakit hati dan tidak ramai antara kita yang imannya teguh.

Petikan hadis riwayat Bukhari & Muslim: "..Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.."

Saya menasihati diri saya dan sahabat2: "Walau bagaimana cara kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan kata2 indah, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin."

Terbaiknya, jaga hati baik-baik sblm kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti.

Iman

Tanpa Iman, manusia tidak akan ada pendirian. 
Tanpa pendirian manusia akan menjadi hamba pada keadaan. 

Iman itu merubah keadaan, bukan sebaliknya. 
Sesungguhnya, apa yang berlaku di dalam dri kita lebih penting daripada apa yang berlaku di luar diri kita! 

Oleh itu, sekiranya hati kita mudah berubah-ubah mengikut kedaaan yang sedang kita hadapi... bererti iman masih goyah, yang di luar masih kuat mempengaruhi yang di dalam.


~genta-rasa.com~

Tawadhu' @ Humility

Kerendahan diri (tawadhu' atau humility) adalah sesuatu yang TIDAK boleh disebut dengan kata-kata, sekali seseorang itu menyebutnya berkenaan tawadhu'nya dirinya, biasanya dia TIDAK LAGI tergolong di dalam kategori tersebut. Ia adalah sesuatu yang dicapai tanpa kalaam dan kata-kata. Hanya perbuatan yang ikhlas dari hati.


~zaharuddin.net~

Bertanyalah...

BERTANYA SOALAN sentiasa menjadi rukun wajib dalam proses belajar.

Kita ada banyak sebab untuk bertanya.

Kita bertanya kerana kita tidak tahu.

Kita bertanya kerana kita tahu, tetapi tidak jelas.

Kita bertanya kerana kita tahu, tetapi kita mahu orang lain tahu.

Kita bertanya supaya yang ditanya menyempurnakan penyampaiannya untuk manfaat semua.

Sentiasa ada sebab untuk bertanya...



http://saifulislam.com/?p=11090#.T3vyVtPBNBZ.facebook

Pasang surut iman...

" Ketika imanmu sedang tinggi, lakukanlah amalan sunat dan wajib sebanyak mungkin, namun, apabila imanmu sedang lemah, peliharalah yang WAJIB "

(Saidina Ali bin Abi Thalib)

Belajar menerima pendapat orang lain...

Jangan kerana kita begitu rakus agar semua cakap kita didengari apabila ada orang berbeza dengan kita, dia dianggap musuh. Marilah kita belajar menilai pandangan dan menghormati perbezaan. Berbeza bukan bererti menghina. Kata al-Imam al-Zahabi juga:
“Setiap orang boleh diambil dan ditolak pendapatnya, kecuali RasululLah s.a.w. Namun jika seseorang imam itu tersilap dalam ijtihadnya, tidak wajar untuk kita melupai kebaikan-kebaikannya dan menutup amalan-amalan makrufnya. Bahkan kita beristighfar untuknya dan memaafkannya” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 18/157).

~drmaza.com~

Tiada istilah lebih dari KAWAN...

~✿>> Antara LELAKI dan PEREMPUAN cuma ada istilah KAWAN..tiada kawan baik, kawan rapat, kawan paling disayangi dan sebagainya..kerana jika ada TAMBAHAN pada istilah kawan itu, pasti ada MASALAH iaitu salah satu dari mereka akan TERGELINCIR UNTUK SUKA ATAU JATUH CINTA..♥♥



KEMBARA 6 NEGARA - SINGAPURA (TRANSIT)

Bahagian 1 - Dari Penang Airport ke Changi Airport, Singapore ❤ ALHAMDULILLAH, SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT ...itu sahaja ungkapan bagi rezeki...