Friday 28 October 2011

Mengubah Persepsi Kehidupan

Beberapa minggu ni, otak ligat berfikir sesuatu, baru hari ni terdetik satu perkara yang rasanya selama ini aku cari dan sedang menjelajah ruang dan pelosok minda iaitu 'PERUBAHAN PERSEPSI PEMIKIRAN'...ya...perlu aku nyatakan di sini beberapa PERSEPSI aku yang dalam keadaan 'UNDER CONSTRUCTION'

1) Ego dalam sesuatu perhubungan :
- Sebab aku masih single, perkara utama yang menjadi perdebatan antara akal dan hati adalah soal perhubungan a.k.a jodoh. EGO? Akukah? Sejauh mana perlu aku pertahankan ego itu dan sejauh mana betulnya pendapat bahawa kerasnya hati seorang perempuan itu adalah aku? Aku menafikan selama ini dengan beberapa hujah dan pendapat yang pada aku dikira bernas dan waras. Namun, setelah segalanya ku rasa sering kali berulang kesalahan yang sama, aku mula mencari jawapan dan persoalkan diri sendiri. Betul, selama ini ego aku banyak dipertahankan. Oooooooooohhhhhhhhhh.............Ya Allah, berilah aku petunjuk dan hidayah MU, KAU lembutkanlah hatiku ini, kenapa susah untuk aku menerima perkataan 'BERALAH' itu.....Ya Allah.....namun aku masih mencari lagi kebenaran itu dan sedang bersedia berubah, insyaAllah...

bersambung........

No comments:

Post a Comment

KEMBARA 6 NEGARA - SINGAPURA (TRANSIT)

Bahagian 1 - Dari Penang Airport ke Changi Airport, Singapore ❤ ALHAMDULILLAH, SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT ...itu sahaja ungkapan bagi rezeki...